Saturday, July 11, 2009
Friday, March 13, 2009
hppy eniverseri.
Hari ini, selamat hari ulang bulan yang kedua dan dua hari membiarkan blog ini terbiar. Haha.
Posted by ღ yana at 12:06:00 AM 0 comments
Labels: crapz
Sunday, January 11, 2009
Dari Sinar Mata ke Hujung Jari.
A very good day to friends, fans and haters.
Posted by ღ yana at 1:22:00 AM 0 comments
Tuesday, December 16, 2008
YUNA - Dan Sebenarnya
Dan Sebenarnya
by YUNA
oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila air mata membasahi pipi
dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
pabila kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah, jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku oh
Posted by ღ yana at 11:53:00 PM 0 comments
Monday, December 15, 2008
you are like a rocket in my mind
A very good day to friends, fans and haters.
Walaupun daku tahu sudah terlalu lewat nak bercerita pasal hari jadi daku yang sudah lama lepas tapi tidak kisahlah, jika kalian berminat,teruskanlah membaca tetapi sekiranya tidak berminat untuk mengetahui, silalah pura-pura membaca juga. Silalah tolong jaga hati daku. :P Hehe.
Macam yang kalian semua tahu, (tidaklah semua tetapi saja nak essium sebegitu,boleh?) hari lahir daku yang lepas adalah ketika kesemua umat Islam seluruh dunia tengah bergembira menyambut hari lebaran. Tiada majlis pun yang diadakan mahupun kek yang disediakan, cuma makan bersama keluarga yang tersayang di KFC di tengah-tengah lebuhraya. Indah dan gembira setelah merasakan bertahun-tahun hari jadi tidak pernah disambut secara besar-besaran kerana berjauhan, tiada aktiviti untuk menyambutnya melainkan berada di dalam bilik seorang diri menelaah pelajaran untuk peperiksaan esok hari.Ouh tidak lupa juga, selepas itu, kami sekeluarga bergembira dengan pakej bercuti 3 hari 2 malam ala-ala pelancong sangat di Melaka(padahal 5/6 dalam setahun telah menghabiskan masa untuk tinggal di negeri Melaka).Haha.
Hadiah-hadiah yang diterima tidaklah banyak (terasa tidak glemeres pula) tapi memadai dan bermakna. Terima kasih banyak-banyak daun keladi;tahun depan sila jangan lupa beri lagi. (Pantun khas untuk kalian)Kepada kalian yang belum berbuat demikian, jangan risau and khuatir, daku masih lagi sudi (
Apa yang menariknya, buku edisi terhad Buku Untuk Filem:KAMI siap ditandatangani serta ucapan selamat hari jadi daripada penulis skrip dan pengarah filem Kami itu suami isteri.(hahhhhhh! jelesss tidak?) Hihi. Cepatlah cemburu terutamanya kepada Sang Ganjil. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku ini, klik sini. Kandungan buku ini adalah skrip asal filem ini termasuklah beberapa adegan yang telah dipotong. Dan yang mungkin menambah lagi faktor kecemburuan yang maksima ialah buku ini hanya dicetak sebanyak 1000 naskhah dan kepunyaan daku adalah naskhah yang ke 70. ;) Heh bagi peminat atau pengemar fanzine, pastinya mengetahui bahawa setiap naskhah mempunyai nombor siri yang tersendiri dan selalunya naskah yang terawal sentiasa menjadi rebutan.(Lebih kepada kepuasan diri rasanya,kandungan tetap sama) Hehe. Hah, kepada yang tidak tahu atau masih samar-samar, filem KAMI adalah kesinambungan siri tv KAMI yang mengisahkan kisah suka duka 5 orang remaja dalam menempuhi kehidupan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kami, sila klik sini pula.
Arigato!
p/p/s: Sekiranya ada lagi saki-baki hutang tagged yang belum dilangsaikan, silalah lupa dan menghalalkannya tapi jika anda masih lagi berniat ingin daku menyudahkannya, silalah segan untuk beritahu. (:
Posted by ღ yana at 11:48:00 PM 2 comments
Tuesday, November 18, 2008
Welcome!
Posted by ღ yana at 2:26:00 PM 3 comments







